Alhamdulillah. Lapang dada terasa sebaik sahaja melangkah keluar dari bilik mesyuarat. Benarlah kata pepatah 'Bulat Air Kerana Pembetung, Bulat Manusia Kerana Muafakat.' Lega walaupun berat bahu memikul. Amat ku hargai segala kerjasama mereka. Moga segala yang dirancang dapat dilaksana dengan sempurna.
Kakiku melangkah ke kantin ketika handphone berbunyi. Oh dear...completely lupa yang hari ini anakku kembali bersekolah agama. Urusan perut ditangguh dulu.
Tengahari ni anak dara ku tidak ada. Jadi kelas DIY diganti dengan kelas DIM, Do It Myself. Ketam-ketam di dalam peti segera dikeluarkan. Hajat anak daraku untuk makan ketam Tom Yam ku penuhi hari ini. Resepinya masih tersimpan di Hard Diskku ( minda) Heheee...
KETAM MASAK TOM YAM PUTIH
Bahan-Bahannya:
5 ekor ketam (dibuang kulit dan dipotong dua)
1 bungkus rempah Tom Yam Putih Adabi
2 biji bawang besar, dipotong kasar
11/2 inci lengkuas, dihiris
4 batang serai, dipotong
1 inci halia, dihiris
1 biji limau, diperah ambil airnya
beberapa helai limau purut
beberapa biji cili padi
Cara Membuat :
Masukkan air secukupnya ke dalam periuk. Bawang besar, lengkuas, serai, halia dan rempah dimasukkan ke semuanya di dalam periuk. Bila sudah mendidih, masukkan ketam dan masak hingga kulitnya berubah warna kemerahan. Masukkan cili padi dan limau purut serta garam. Akhir sekali masukkan air limau nipis. Rasai keseimbangan masam dan masinnya.
Sebaiknya anak daraku sampai....surprise!!! Kejutanku tak menjadi. Rupanya dia nak kelas DIY. Takpelah...hujung minggu ni ada. So apa lagi...duduk dengannya meratah ketam Tom Yam Putih sambil berbual kosong. Cili padinya dihancurkan dan kuahnya menjadi lebih sedap. Lebih pedas, lebih bagus. Hmmmmm....sedapnya.
No comments:
Post a Comment