Wednesday, January 4, 2012

Kuih Tako.....Entry Ke Dua Sempena Tahun Baru 2012.


Kata orang, biar berbudi dengan tanah daripada manusia. Berbudi dengan tanah dapat hasilnya. Berbudi dengan manusia dapat nistanya. Namun janganlah sampai ianya memutuskan usaha  kita untuk terus berbudi dengan manusia kerana memang begitulah selalunya....untuk mendapat pahala tentu kena hadapi dugaannya.

Tetapi bertuahnya kami, guru-guru ni kerana kami berbudi dengan anak kecil. Hati mereka putih bersih. Apa yang kami beri kepada mereka...jika diamalkan, pahalanya terus mengalir hingga ke akhir hayat. Baik benih yang kita bagi pada mereka, baiklah hasil tuaian mereka. 

Jernih mata mereka memandangku apabila melangkah kaki masuk ke kelas mereka. Wajah mereka disapa satu-satu,  cuba menangkap 'first impression' mereka. Mendengar suara lantangku ini...suara lantang ini bukan boleh guna untuk menyanyi tapi hanya untuk mendidik aje....mereka macam tikus jatuh ke beras. Senyap. Heheheheeee...

Ketika menaip entry ni, wajah-wajah kecil yang akan ku dewasakan terbayang di mata. Moga-moga mereka seperti aku, tidak sabar untuk menabur ilmu agar mereka dewasa dengan jiwa yang perkasa. Amin.

 

Entryku kali ini kuih traditional, Kuih Tako. Hmmmm....sedapppp!!!  Sebenarnya ku buat ni cuti sekolah baru-baru ni. Selepas belajar buat kelongsongnya tu...dari daun pandan. Malu lah oiii..tua-tua begini baru nak belajar buat kuih tradisional. 


Bila sekolah buka, masa mula terbatas. Seganlah pulak, nak kata sibuk. PM yang tadbir negarapun tak cakap begitu. Jadi tak berasaplah dapur. Untuk sementara dapur tak beroperasi. Tunggu hujung minggulah nampaknya. Untuk sementara, layanlah dulu kuih Tako ku ini.

KUIH TAKO
By : Laila Kamila

BAHAGIAN BAWAH

Sengkuang Cina
1 cawan tepung jagung (diayak)
11/2 cawan gula pasir
6 cawan air
pewarna hijau

BAHAGIAN ATAS

1 cawan tepung jagung (diayak)
6 atau 7  cawan santan segera yang dilarut bersama air
sedikit garam

Cara membuat :

1. Buat acuan dari daun pandan macam bentuk sampan.
2. Campurkan semua bahan untuk bahagian bawah dan kacau atas api hingga pekat.
    Kemudan tuang dalam daun yang telah tersedia sengkuang dipotong kecil.
3. Campurkan semua bahan untuk bahagian atas dan kacau atas api hingga pekat. 
    Tuangkan ke dalam daun  tadi.
4. Biarkan sejuk sebelum siap dihidang.


Aiseyyy...mengejarkan cahaya nak capture gambar Kuih Tako, terlupa nak buang yang sememeh kat tepi tu. Aiii...kalau masa sekolah itu, cair tahi telinga kena leter ngan cikgu kalau camni presentationnya.

Zaman sekolah menengahku...kami ada SRT (Seni Rumah Tangga). Garanglah oii cikguku ini. Pernah kena sergah ngan dia. Dia suruh aku ambil lesong batu, aku ambil kuali. Hahahaaa...manalah faham. Cikgu tu cakap omputih. Bila barang-barang yang dibawa tidak disusun segera di atas dulang, berteraburan dicampakkannya ke bawah. Rasa macam takde muka, bila turun ke bawah kutip balik bebarang tu. Maklumlah kelas bawah tu, Kemahiran Hidup. Ternampak mana-mana pelajar lelaki...hei  tak merasa jadi calon isteri. Hahahahaa.....


Tapi kali ni cikgu SRTku adalah novelis terkenal, Laila Kamilia. Cinta Pandang Ke 2, Saat Kau Hadir, Lakaran Kasih adalah antaranya. Bukan sahaja hebat berkarya tetapi hebat juga di dapur. Namalah perempuan. Terima kasih ya Laila Kamilia..sudi share resepi.

Haii...kalaulah cikgu SRTku dulu tu terbaca blogku ini, tak boleh dibayangkanlah. Tentu dia akan kata, ' Dah tua-tua begini, baru nak belajar buat kuih, dulu jadi tukang cuci pinggan je.'

Janganlah marah ya cikgu. Kitakan dah sama-sama jadi cikgu. Cikgu tak boleh stress. Kena maintain sebab dah tandatangan pencen enam puluh. Heheheheee...






No comments:

Post a Comment