Saturday, January 7, 2012

Roti Telur.....Satu Olahan Telur Memikat Selera Si Kecil


Pagi ni anak bongsuku request roti telur yang dia tenguk di Channel Food untuk breakfastnya. Kebetulan pula malam tadi, belek-belek majalah Rasa keluaran Disember 2011, ada resepi seperti mana yang dikehendaki oleh si bongsu ini.

Tetapi resepi dalam majalah ini diberi nama Roti Telur Horey-Horey. Diolah untuk memikat selera si kecil. Anak kecil saya, si bongsu ni bukan kecil lagi. Dah besar dah...Form One tahun ni tapi badannya halus macam murid sekolah rendah. Jangan disebut kecil, sensitif sangat-sangat.



Mudah dibuat dan begitu memenuhi selera si bongsu saya. Sangat sesuai untuk memikat selera anak kecil yang susah hendak makan. Apabila dihias dengan gula-gula clown, lady bird, butterfly, mermaid dan sebagainya, ia mengamit perhatian si kecil untuk menyentuh dan merasainya.  Boleh juga dihidangkan dengan fresh fruits atau vege. Selalunya bila makanan itu berwarna-warni, ia dapat menarik perhatian dan memikat selera si kecil. Sesiapa yang punyai si kecil, bertapak kaki dan jari-jari halus, bolehlah mencuba resepi ini.

No comments:

Post a Comment