Thursday, February 16, 2012

Bubur Nasi Buat Cucuku....Aliesya Sofea


Penyediaan makanan bayi dari air tangan ibu lebih berzat lagi berkhasiat dari makanan segera yang tersedia ada di pasaraya. 

Saya sungguh beruntung mendapat nasihat dan tunjukajar dari seorang jururawat desa ketika melahirkan anak bongsu saya dulu. Sebenarnya ibu-ibu sekarang lebih beruntung kerana dunia kehamilan dan penjagaan bayi lebih terbuka luas jika dibandingkan dengan zaman saya dulu.

Bila cucu saya pulang, si adik ni rupanya pemakan orangnya. Mummynya buatkan bubur. Petangnya saya buatkan bubur dari neneknya pula.



Bahan 1
Segenggam beras
Air secukupnya
1/3 karot

Direbus sehingga berasnya benar-benar kembang menjadi bubur dan karotnya empuk. Kemudian masukkan ke dalam blender dan kisar halus.

Bahan 2
3 ulas bawang merah (dimayang)
1 ulas bawang putih (dimayang)
1/2 mangkuk kecil ikan bilis (dibuang kepala dan perutnya)

Digoreng berasingan bawang merah dan bawang putih dengan ikan bilis. Kemudian diblend hingga hancur.

Hidangan
Masukkan sesenduk  bubur yang dikisar tadi ke dalam mangkuk baby dan masukkan setengah sudu makan bahan 2 yang sudah dikisar tadi. Tidak perlu masukkan garam kerana ikan bilis tadi sudahpun masin.

* Bahan 2 tadi boleh dibuat lebih dan disimpan di dalam 
  botol.




Menjadi nenek merupakan pengalaman yang indah dan bermakna bagi seorang perempuan. Panggilan nenek itu begitu merdu didengari dan bangga dengan panggilan itu. Tidak sabar menunggu detik dan ketika...ruang tamu rumah nenek ini dipenuhi dengan gelak ketawa para cucu.









No comments:

Post a Comment