Monday, September 3, 2012

Sesungguhnya kehidupan ini adalah apa yang kita beri.....Bukan apa yang kita terima.


      Ketika rakan sejawatanku berbincang denganku mengenai hadiah untuk kak Gee, ketua kerani kami yang akan bersara, masuk Pengerusi BKGKT untuk memaklumkan tentang hari dan masa majlis tersebut. Dia meminta jasabaikku untuk membuat sebiji kek dan juga meminta aku mengurus jambangan bunga yang akan diberi ketika acara sending-off.

       Pada mulanya aku mengangguk-ngangguk tanda setuju. Tetapi bila diberitahu tarikhnya, terjerit aku seketika. Lusa majlisnya. Aku ni jenis orang yang jarang menghampakan hajat orang. Biarlah aku susah menunaikan, janji orang berkenaan rasa senang.

       Memang menjadi kebiasaanku, lepas solat, jika aku ada tempahan, aku berdoa moga hasilkerjaku menjadi dan menarik dipandang mata. Tambahan lagi, aku ni sekadar akar dibandingkan dengan rotan. Kerana minat dengan kerja-kerja begini, jarang aku menolak walaupun ketika itu idea ketandusan.

         Permintaan GPK Pentadbiranku, apa lagi RVC. Balik sekolah, teruslah membeli bahan dan mula masuk dapur. Menjelang petang, aku bergegas pula, membeli bunga mawar sebagaimana yang diminta.


          
          Bunga mawar yang dijanjikan itu sudah tidak menarik dan sedikit layu. Malahan tiada pilihan warna. Terus memecut ke suatu tempat yang biasanya ada banyak fresh flowers. Sampai ke kedai itu, floristnya macam tak layan je. Harganya lebih mahal daripada kedai florist di gedung beli-belah. Alasan harga naik.  Bila teringat kek di rumah tu, mahu tempah aje jambangan bunga ni. Tetapi bila ditanya, 3 kuntum upahnya RM30, 6 kuntum RM70. Baiklah buat sendiri aje. Bila ditanya lagi macam mana buat bungkus kertas di sekeliling bunga tu. Katanya lipat ajelah. Lokek ilmu florist ni. Mungkin berkat doa tadi, apa yang ku tanya pada florist tu berada dalam kotak di kakiku. Maka taulah aku membuatnya, walaupun sekali pandang. Insya Allah.
    
              Sampai rumah,  hubby dah memanjangkan lehernya ke jalan raya. Dah lewat sampai rumah. Sempat lagi maghrib nazak. Bila tiba deco kek, satu hal lagi, idea kering. Cuba buat bunga rose ... tak cantik. Tak smooth sebab bukan buttercream. Ntah camne teringat bunga gum & paste ade. Siapkan kek dan terus mengubah bunga. Pukul 2 lebih, hampir-hampir pukul tiga, segalanya selesai. 






          Kelewatan tidur serta kurang rehat, aku mula rasa nak demam apabila sampai di rumah. Hehehee...ada yang kata, aku main hujan. Alhamdulillah. Tidak sedar esoknya cuti Hari Kemerdekaan Malaysia...bersambung dengan hujung minggu, dapatlah tiga hari berehat dan memulihkan badan yang sakit.

          Kekurangan tidur dan rehat ini berbaloi bila terkenang mata Kak Gee yang bergenang kerana tidak menjangka begitu sekali majlis keraiannya. Dadaku terasa lapang dan badanku terasa ringan. Syukran Ya Allah...aku mampu menyumbang tenaga untuk satu detik bersejarah buat saudara Islamku.

            Sesungguhnya kehidupan ini adalah apa yang kita beri...bukan semata-mata apa yang kita terima. Cari dan rebutlah peluang untuk kita menyumbangbakti tenaga dan minda kepada mereka yang memerlukan. Sekurang-kurangnya kita boleh berkata kepada Allah apabila kita nak tidur...Wahai Allah...inilah sumbangan yang mampu aku beri pada hari ini dan jika dengan sumbangan itu, aku perolehi rahmatMu, maka rahmatilah aku dengan keampunanMu.

            Insya Allah...Allah swt akan kurniakan kita jiwa yang lapang dan tenang. Amin.


p/s. Terima kasih kepada Pengerusi BKGKT dan Rubiah Kemad yang memberi
        peluang untuk saya menyumbang tenaga dalam majlis ini.



No comments:

Post a Comment